Pihak pentadbiran PTAA telah menetapkan bahawa semua pelajar akan menghadapi peperiksaan sebanyak 3 kali iaitu pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun mengikut kiraan kalendar Islam. Peperiksaan ini akan dijalankan berterusan sehingga tamat sessi pengajian tersebut untuk menentukan kecemerlangan keseluruhan pengajian pelajar berkenaan.
Berikut jadual peperiksaan PTAA:
■ Peperiksaan awal tahun – Bulan Safar
■ Peperiksaan pertengahan tahun – Bulan Jamadul awwal
■ Peperiksaan akhir tahun – Bulan Sya’ban
ANUGERAH PERSIJILAN
Segala keputusan akan direkodkan oleh pihak pentadbiran PTAA.
Pelajar Pusat Tahfiz
Bilangan Pelajar
Pihak pengurusan PTAA buat sementara waktu menghadkan bilangan pelajar hanya seramai 20 orang sahaja bagi satu sessi pengajian disebabkan tempat yang sangat terhad. Pengambilan yang terhad ini bertujuan bagi memastikan kualiti pembelajaran yang sempurna, pembentukan akhlaq yang luhur dan pengurusan yang efektif agar cita-cita dan matlamat pihak PTAA dapat dicapai sepenuhnya.
7/13/2010
Peraturan dan Disiplin
Setiap pelajar adalah tertakluk kepada peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan oleh pentadbiran PTAA. Semua pelajar dikehendaki memahami dan menyedari keperluan peraturan dan disiplin yang diwajibkan. Segala peraturan dan disiplin berkenaan mestilah dipatuhi. Perilaku, perbuatan dan pembicaraan yang bercanggah serta tidak mematuhi peraturan disiplin PTAA akan dikenakan tindakan sewajarnya.
Berikut adalah senarai peraturan dan disiplin Pusat Tahfiz Al-Amin:
1. Menghormati dan mematuhi arahan guru
2. Menjaga dan menepati waktu bagi setiap aktiviti yang ditetapkan
3. Menjaga solat fardu secara berjemaah
4. Memakai pakaian seragam PTAA semasa mengikuti kelas dan solat berjemaah
5. Menutupi aurat dan memakai pakaian yang sopan
6. Mandapatkan kebenaran dari pihak pentadbiran untuk keluar dari kawasan PTAA
7. Wajib menerima peraturan dan disiplin yang baru dan terkini yang diarahkan oleh pihak pentadbiran PTAA dari semasa ke semasa
Pakaian Seragam
Semua pelajar adalah diwajibkan memakai seragam semasa mengikuti kelas pengajian, semasa solat berjemaah dan semasa pulang bertemu keluarga di kampung.
• Jubah putih
• Kain sarung atau seluar “pijama” putih
• Kopiah putih
• Serban putih
• T-Shirt putih dan seluar panjang hitam
Yuran dan Pendaftaran
Setiap pelajar akan dikenakan yuran pendahuluan kemasukan, dan kecemasan. Bayaran ini adalah untuk menampung perbelanjaan permulaan berasrama bagi kegunaan setiap pelajar.
Kadar bayaran keseluruhan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
1. Katil : RM 125.00
2. Almari : RM 95.00
3. Deposit pelbagai : RM 50.00
Gantian kepada kerosakan harta Pusat Tahfiz bergantung pada harga barang yang dirosakkan. Perbelanjaan kecemasan (tertakluk pada kos perubatan).
1. Tilam : RM 60.00
2. Bantal : RM 10.00
3. Cadar : RM 20.00
:
Jumlah bayaran awal : RM 360.00 sahaja
Bayaran bulanan
Bayaran bulanan sebanyak RM150.00. Tempat tinggal dan makan pelajar disediakan oleh Pusat Tahfiz.
Kemudahan Prasarana
Kestabilan, kelancaran dan pencapaian PTAA ini juga bergantung kepada kemudahan prasarana yang berupa bangunan dan peralatan yang berkualiti, lengkap dan sempurna.
Beberapa kemudahan asas yang akan digunakan adalah seperti berikut:
Pejabat/bilik guru
1. 1 meja dan 4 kerusi
2. 1 almari fail
3. 1 peti wang tunai
4. 1 set computer
5. 1 papan putih
6. Karpet
Bilik Tamu
1. 1 set kerusi sofa/rotan
2. Karpet/permaidani
3. Peralatan hiasan ruang tamu
4. Mineral Pot
Aktiviti Ko Kurikulum
Aktiviti Sukan
Beberapa jenis acara sukan dan permainan akan disediakan bagi membolehkan para pelajar bermain dan beriadah sesama mereka pada waktu petang. PTAA juga insyallah akan mengadakan sukan tahunan. Di antara acara yang akan ditandingi adalah seperti Ping Pong, Badminton, Bola Tampar dan sebagainya yang tidak membahayakan pelajar. Hadiah-hadiah kepada pemenang akan disediakan bagi setiap acara yang dipertandingkan.
Aktiviti Kem dan Rombongan
Pihak pentadbiran juga merancang untuk mengadakan aktiviti kem dan rombongan diluar kawasan Pusat Tahfiz. Aktiviti ini hanya akan disediakan semasa musin cuti pengajian sahaja dengan kekerapan 1 -2 kali setahun.
Aktiviti Seni Mempertahankan Diri
Pihak pentadbiran juga akan menganjurkan aktiviti seni mempertahankan diri supaya para pelajar terdidik dengan sifat keberanian, kecekalan dan kecergasan. Latihan bagi aktiviti ini akan diadakan semasa waktu riadhah dengan kekerapan dua kali seminggu. Pihak pentadbiran akan menyediakan tenaga pengajar yang sesuai untuk memberi latihan. Latihan ini akan dijalankan hanya disekitar kawasan Pusat Tahfiz sahaja.
Aktiviti Kesenian Islam
Hiburan kesenian islam juga diajar kepada para pelajar PTAA seperti Marhaban ,
Burdah, Maulid Ribaiee yang mengikut lunas-lunas hukum syariat Islam supaya pelajar tidak terdedah kepada hiburan yang melalaikan.
Aktiviti mengimami solat terawih
Pihak pentadbiran akan menjadikan solat terawih sebagai medan latihan untuk mendedahkan para pelajar kepada masyarakat. Di antara matlamat pelajar-pelajar mengikuti aktiviti ini adalah;
■ mutu hafalan dapat dijaga dan terjamin
■ satu-satunya cara untuk setiap hafazan itu mantap dan tidak akan lupa
■ melatih para pelajar bergaul dengan masyarakat agar kelak tidak menjadi kekok,
pasif dan menyendiri dari masyarakat.
■ melatih para pelajar mengimami para jemaah
Pihak pentadbiran akan menghantar setiap pelajar ketempat yang ditetapkan samaada di masjid atau surau baik di dalam maupun di luar daerah. Hanya pelajar yang telah menghafal 10 juzuk keatas sahaja yang akan terpilih dan dihantar bagi tujuan tersebut. Aktiviti ini akan berjalan sepanjang sebulan pada bulan ramadhan setiap tahun

Subscribe to:
Posts (Atom)