Pages

7/13/2010

Aktiviti Ko Kurikulum

Aktiviti Sukan

Beberapa jenis acara sukan dan permainan akan disediakan bagi membolehkan para pelajar bermain dan beriadah sesama mereka pada waktu petang. PTAA juga insyallah akan mengadakan sukan tahunan. Di antara acara yang akan ditandingi adalah seperti Ping Pong, Badminton, Bola Tampar dan sebagainya yang tidak membahayakan pelajar. Hadiah-hadiah kepada pemenang akan disediakan bagi setiap acara yang dipertandingkan.

Aktiviti Kem dan Rombongan
Pihak pentadbiran juga merancang untuk mengadakan aktiviti kem dan rombongan diluar kawasan Pusat Tahfiz. Aktiviti ini hanya akan disediakan semasa musin cuti pengajian sahaja dengan kekerapan 1 -2 kali setahun.

Aktiviti Seni Mempertahankan Diri
Pihak pentadbiran juga akan menganjurkan aktiviti seni mempertahankan diri supaya para pelajar terdidik dengan sifat keberanian, kecekalan dan kecergasan. Latihan bagi aktiviti ini akan diadakan semasa waktu riadhah dengan kekerapan dua kali seminggu. Pihak pentadbiran akan menyediakan tenaga pengajar yang sesuai untuk memberi latihan. Latihan ini akan dijalankan hanya disekitar kawasan Pusat Tahfiz sahaja.

Aktiviti Kesenian Islam
Hiburan kesenian islam juga diajar kepada para pelajar PTAA seperti Marhaban ,
Burdah, Maulid Ribaiee yang mengikut lunas-lunas hukum syariat Islam supaya pelajar tidak terdedah kepada hiburan yang melalaikan.

Aktiviti mengimami solat terawih
Pihak pentadbiran akan menjadikan solat terawih sebagai medan latihan untuk mendedahkan para pelajar kepada masyarakat. Di antara matlamat pelajar-pelajar mengikuti aktiviti ini adalah;
■ mutu hafalan dapat dijaga dan terjamin
■ satu-satunya cara untuk setiap hafazan itu mantap dan tidak akan lupa
■ melatih para pelajar bergaul dengan masyarakat agar kelak tidak menjadi kekok,
pasif dan menyendiri dari masyarakat.
■ melatih para pelajar mengimami para jemaah
Pihak pentadbiran akan menghantar setiap pelajar ketempat yang ditetapkan samaada di masjid atau surau baik di dalam maupun di luar daerah. Hanya pelajar yang telah menghafal 10 juzuk keatas sahaja yang akan terpilih dan dihantar bagi tujuan tersebut. Aktiviti ini akan berjalan sepanjang sebulan pada bulan ramadhan setiap tahun

No comments:

Post a Comment