Pages

11/25/2010

PUSAT TAHFIZ AL-AMIN masih memerlukan sumbangan untuk menyiapkan infrastuktur PTAA kerana pengajian akan bermula pada tarikh 1 januari 2011.
Segala bentuk sumbangan amatlah dihargai..

9/02/2010

Doa mohon di permudahkan segala urusan

Apabila menghadapi sebarang masalah , mohonlah pada Allah swt. keringanan dengan membaca doa berikut :

اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikanmudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .

Adalah menjadi sunnatullah dalam kehidupan , bahawa manusia itu mengahadapi ujian berupa kelaparan , kematian dan kesulitan , kerana dengan ujian yang berbagai itu Allah swt dapat mengetahui tahap keimanan hambaNya . Firman Allah swt dalam surah al-kahf ayat ke 7 :

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا(7)

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya”.

Walaupun Allah sebenarnya telah mengetahui tahap keimanan manusia sebelum berlaku ujian , namun ujian seperti kesulitan itu dapat mendedahkan kepada manusia itu sendiri keperluannya untuk mengambil langkah-langkah pemulihan kepada permasalahan imannya sendiri. Dia perlu memuhasabah dirinya , memperbaiki sikapnya , mengikhlaskan amalannya untuk mencapai kualiti amalan yang dikehendaki Allah.

Bersabarlah dengan sebaik2 sabar dan mohonlah bantuan dan petunjuk dari Allah.
Seseungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

9/01/2010

Tazkirah

Rasulullah SAW pernah bersabda yg bermaksud:

” Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :1) Sedekah amal jariahnya 2) Doa anak-anaknya yang soleh 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain”


Sabda Rasulullah SAW lagi:

“Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya niscaya dia memperolehi kemanisan iman (yaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka“.

[Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim]

Kemanisan iman inilah yang dikejar..
Yang dengannya kita akan merasa cukup dengan Allah ..
Yang denganya kita tidak akan bersedih malah kita tidak akan takut, melainkan karena-Nya dan kepada-Nya..

8/02/2010

Memohon Sumbangan Pembangunan TAHFIZ AL-AMIN

Assalamualaikumm buat sahabat-sahabat seperjuangan,
Peringatan kepada sahabat2 yang mahukan sebuah ganjaran yang terhebat dengan memiliki sebuah istana di syurga ( dengan izin ALLAH Taala)insyallah,boleh menyumbang RM10 setiap bulan daripada jumlah gaji kita RM2,3 ribu sebulan kepada TAHFIZ AL AMIN(02070000093100)atas nama PUSAT TAHFIZ ALAMIN,
sebarang mAklumat dan kemuskilan sila hubungi Mudir Utz Nasrun (0134841465) atau AJK pelaksana tahfiz Al-Amin.
Sempena dengan ketibaan Bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi mari kita tambahkan amalan kebajikan kita dengan menyumbang kepada perjuangan islam , dan tempat-tempat kebajikan ,perbanyakkan sedekah jariah dibulan ramadhan ini.segala sumbangan tuan-puan hanya Allah yang dapat membalasnya.kami dahulukan dengan ucapkan ribuan trima kasih,jazakumullah khairan..wasslam .
( untuk mendapatkan resit rasmi boleh hubungi saya sendiri Utz Nasrun Albalikiey : 0134841465 @ 0135842556)

7/13/2010

PUSAT TAHFIZ AL AMIN - Muqaddimah

Allah Taala telah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud “Bacalah demi Tuhanmu yang amat mulia. Yang mengajar dengan “perantaraan” kalam. Ia telah mengajar apa yang mereka tidak tahu.”
Al Quran adalah kalam Allah S.W.T yang diwahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. untuk disampaikan kepada seluruh ummat manusia. Tiada suatu kitab yang lebih mulia daripada Al Quran. Ia merupakan suatu mukjizat kenabian Rasulullah S.A.W. yang akan berkekalan sepanjang zaman. Ia merupakan petunjuk, di dalamnya tertakluk ajaran Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, pengetahuan tentang alam ghaib, asas perundangan, akhlaq, sejarah peradaban manusia, fakta sains dan lain-lain yang meliputi seluruh aspek kehidupan.
Membaca Al Quran adalah ibadah. Menghafal adalah impian setiap orang-orang mukmin. Perintah dan larangannya adalah undang-undang. Mengamalkan segala yang disarankan adalah bukti keimanan. Seluruh umat manusia wajib beriman, percaya dan meyakini semua ayat-ayat terkandung di dalamnya.
Matlamat
Penubuhan Pusat Tahfiz Al Amin (PTAA) ini menggariskan “Matlamat dan Objektif” murni seperti berikut:
1. Melahirkan anak yang hafiz Al Quran
2. Memupuk anak-anak dari kecil supaya rajin beribadat dan menjadi seorang yang alim
3. Melahirkan bakal-bakal imam yang arif dan mahir dalam Al Quran untuk memimpin masyarakat tempatan
4. Melahirkan generasi beriman, bertaqwa dan menyebarkan pula kepada masyarakat
5. Mengelakkan dari lahirnya anak-anak yang tidak boleh membaca Al Quran
6. Ke arah mencapai matlamat satu hafiz satu rumah.
Dengan sokongan semua pihak, kesungguhan dan dedikasi guru-guru serta komitmen dari setiap individu, pihak pentadbiran yakin bahawa Pusat Tahfiz ini akan dapat merealisasikan objektif-objektif tersebut, InsyaAllah.

Pentadbiran Pusat Tahfiz ( PTAA )

AHLI JAWATANKUASA KERJA PENAJA
PUSAT TAHFIZ AL-AMIN,
NO:69, LOT 210, SUNGAI SELUANG,
09600 LUNAS, KEDAH DARUL AMAN.

PENASIHAT
CIKGU HJ MUSTAPA BIN MD TAIB

PENGERUSI
USTAZ ISMAIL BIN SAAD

TIMBALAN PENGERUSI
USTAZ MD DAUD BIN ABDUL RAHMAN

MUDIR
USTAZ NASRUN BIN OTHMAN

SETIAUSAHA
SHAMSON ARIFFIN BIN HJ ABDUL RAHMAN

TIMBALAN SETIAUSAHA
SHAHIZAN BIN SAAIDIN

BENDAHARI
BADROL HISAM BIN MOHD YUSOF

Ahli Jawatankuasa :
1. USTAZ ABDUL JALIL BIN HJ HASSAN
2. USTAZ YUSRIN BIN SAAIDIN
3. MOHD NASRI BIN NORDIN
4. USTAZ MOHD NAIM BIN HARUN
5. MOHD KHAIR BIN MAT
6. SHUKOR BIN OSMAN
7. USTAZ SANUSI BIN ABD MAJID
8. USTAZ LUQMAN BIN ISMAIL
9. USTAZ MOHD ISRAQ BIN HJ ABDUL HALIM AL HAFIZ
10. MOHD FADHIL BIN CHE MAN

Pentadbiran Akademik
BARISAN TENAGA PENGAJAR PUSAT TAHFIZ AL-AMIN:
NAMA

USTAZ NASRUN BIN OTHMAN
IJAZAH SARJANA MUDA USULLUDIN
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH ( KUIN )
UNIVERSITI AL AZHAR , MESIR

USTAZ LUQMAN BIN ISMAIL
DIPLOMA TAHFIZ WAL QIRAAT
KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA PULAU PINANG ( KITAB )

USTAZ MOHD ISRAQ ALHAFIZ
DIPLOMA TAHFIZ WAL QIRAAT,
MEKAH AL MUKARRAMAH

USTAZ SANUSI BIN ABDUL MAJID
DIPLOMA TAHFIZ WAL QIRAAT
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH ( KUIN )
ALOR SETAR , KEDAH

USTAZ ABDUL JALIL BIN HJ HASSAN
TAULIAH TAJWID DAN QIRAATI

Syarat Pengambilan Pelajar
Sejajar dengan cita-cita dan inspirasi pihak pengurusan PTAA, beberapa syarat telah ditetapkan bagi setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti program tahfiz ini:
1. Beragama Islam
2. Khatam dan boleh membaca Al Quran
3. Berumur 10 hingga 13 tahun
4. Tidak cacat mental
5. Mempunyai azam dan cita-cita untuk menjadi anak yang soleh
6. Berjanji akan mematuhi peraturan yang ditetapkan PTAA
7. Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan
8. Setiap pemohon akan ditemuduga dan diuji melalui bakat, kemampuan serta kemahiran membaca Al Quran masing-masing
Keputusan pemilihan pemohon adalah tertakluk kepada pentadbiran Pusat Tahfiz Al-Amin sahaja.

Peperiksaan dan Penilaian

Pihak pentadbiran PTAA telah menetapkan bahawa semua pelajar akan menghadapi peperiksaan sebanyak 3 kali iaitu pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun mengikut kiraan kalendar Islam. Peperiksaan ini akan dijalankan berterusan sehingga tamat sessi pengajian tersebut untuk menentukan kecemerlangan keseluruhan pengajian pelajar berkenaan.

Berikut jadual peperiksaan PTAA:
■ Peperiksaan awal tahun – Bulan Safar
■ Peperiksaan pertengahan tahun – Bulan Jamadul awwal
■ Peperiksaan akhir tahun – Bulan Sya’ban

ANUGERAH PERSIJILAN
Segala keputusan akan direkodkan oleh pihak pentadbiran PTAA.

Pelajar Pusat Tahfiz
Bilangan Pelajar
Pihak pengurusan PTAA buat sementara waktu menghadkan bilangan pelajar hanya seramai 20 orang sahaja bagi satu sessi pengajian disebabkan tempat yang sangat terhad. Pengambilan yang terhad ini bertujuan bagi memastikan kualiti pembelajaran yang sempurna, pembentukan akhlaq yang luhur dan pengurusan yang efektif agar cita-cita dan matlamat pihak PTAA dapat dicapai sepenuhnya.

Peraturan dan Disiplin




Setiap pelajar adalah tertakluk kepada peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan oleh pentadbiran PTAA. Semua pelajar dikehendaki memahami dan menyedari keperluan peraturan dan disiplin yang diwajibkan. Segala peraturan dan disiplin berkenaan mestilah dipatuhi. Perilaku, perbuatan dan pembicaraan yang bercanggah serta tidak mematuhi peraturan disiplin PTAA akan dikenakan tindakan sewajarnya.
Berikut adalah senarai peraturan dan disiplin Pusat Tahfiz Al-Amin:
1. Menghormati dan mematuhi arahan guru
2. Menjaga dan menepati waktu bagi setiap aktiviti yang ditetapkan
3. Menjaga solat fardu secara berjemaah
4. Memakai pakaian seragam PTAA semasa mengikuti kelas dan solat berjemaah
5. Menutupi aurat dan memakai pakaian yang sopan
6. Mandapatkan kebenaran dari pihak pentadbiran untuk keluar dari kawasan PTAA
7. Wajib menerima peraturan dan disiplin yang baru dan terkini yang diarahkan oleh pihak pentadbiran PTAA dari semasa ke semasa

Pakaian Seragam
Semua pelajar adalah diwajibkan memakai seragam semasa mengikuti kelas pengajian, semasa solat berjemaah dan semasa pulang bertemu keluarga di kampung.
• Jubah putih
• Kain sarung atau seluar “pijama” putih
• Kopiah putih
• Serban putih
• T-Shirt putih dan seluar panjang hitam

Yuran dan Pendaftaran




Setiap pelajar akan dikenakan yuran pendahuluan kemasukan, dan kecemasan. Bayaran ini adalah untuk menampung perbelanjaan permulaan berasrama bagi kegunaan setiap pelajar.
Kadar bayaran keseluruhan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
1. Katil : RM 125.00
2. Almari : RM 95.00
3. Deposit pelbagai : RM 50.00
Gantian kepada kerosakan harta Pusat Tahfiz bergantung pada harga barang yang dirosakkan. Perbelanjaan kecemasan (tertakluk pada kos perubatan).
1. Tilam : RM 60.00
2. Bantal : RM 10.00
3. Cadar : RM 20.00
:
Jumlah bayaran awal : RM 360.00 sahaja

Bayaran bulanan
Bayaran bulanan sebanyak RM150.00. Tempat tinggal dan makan pelajar disediakan oleh Pusat Tahfiz.

Kemudahan Prasarana
Kestabilan, kelancaran dan pencapaian PTAA ini juga bergantung kepada kemudahan prasarana yang berupa bangunan dan peralatan yang berkualiti, lengkap dan sempurna.
Beberapa kemudahan asas yang akan digunakan adalah seperti berikut:
Pejabat/bilik guru
1. 1 meja dan 4 kerusi
2. 1 almari fail
3. 1 peti wang tunai
4. 1 set computer
5. 1 papan putih
6. Karpet

Bilik Tamu
1. 1 set kerusi sofa/rotan
2. Karpet/permaidani
3. Peralatan hiasan ruang tamu
4. Mineral Pot

Aktiviti Ko Kurikulum

Aktiviti Sukan

Beberapa jenis acara sukan dan permainan akan disediakan bagi membolehkan para pelajar bermain dan beriadah sesama mereka pada waktu petang. PTAA juga insyallah akan mengadakan sukan tahunan. Di antara acara yang akan ditandingi adalah seperti Ping Pong, Badminton, Bola Tampar dan sebagainya yang tidak membahayakan pelajar. Hadiah-hadiah kepada pemenang akan disediakan bagi setiap acara yang dipertandingkan.

Aktiviti Kem dan Rombongan
Pihak pentadbiran juga merancang untuk mengadakan aktiviti kem dan rombongan diluar kawasan Pusat Tahfiz. Aktiviti ini hanya akan disediakan semasa musin cuti pengajian sahaja dengan kekerapan 1 -2 kali setahun.

Aktiviti Seni Mempertahankan Diri
Pihak pentadbiran juga akan menganjurkan aktiviti seni mempertahankan diri supaya para pelajar terdidik dengan sifat keberanian, kecekalan dan kecergasan. Latihan bagi aktiviti ini akan diadakan semasa waktu riadhah dengan kekerapan dua kali seminggu. Pihak pentadbiran akan menyediakan tenaga pengajar yang sesuai untuk memberi latihan. Latihan ini akan dijalankan hanya disekitar kawasan Pusat Tahfiz sahaja.

Aktiviti Kesenian Islam
Hiburan kesenian islam juga diajar kepada para pelajar PTAA seperti Marhaban ,
Burdah, Maulid Ribaiee yang mengikut lunas-lunas hukum syariat Islam supaya pelajar tidak terdedah kepada hiburan yang melalaikan.

Aktiviti mengimami solat terawih
Pihak pentadbiran akan menjadikan solat terawih sebagai medan latihan untuk mendedahkan para pelajar kepada masyarakat. Di antara matlamat pelajar-pelajar mengikuti aktiviti ini adalah;
■ mutu hafalan dapat dijaga dan terjamin
■ satu-satunya cara untuk setiap hafazan itu mantap dan tidak akan lupa
■ melatih para pelajar bergaul dengan masyarakat agar kelak tidak menjadi kekok,
pasif dan menyendiri dari masyarakat.
■ melatih para pelajar mengimami para jemaah
Pihak pentadbiran akan menghantar setiap pelajar ketempat yang ditetapkan samaada di masjid atau surau baik di dalam maupun di luar daerah. Hanya pelajar yang telah menghafal 10 juzuk keatas sahaja yang akan terpilih dan dihantar bagi tujuan tersebut. Aktiviti ini akan berjalan sepanjang sebulan pada bulan ramadhan setiap tahun