Allah Taala telah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud “Bacalah demi Tuhanmu yang amat mulia. Yang mengajar dengan “perantaraan” kalam. Ia telah mengajar apa yang mereka tidak tahu.”
Al Quran adalah kalam Allah S.W.T yang diwahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. untuk disampaikan kepada seluruh ummat manusia. Tiada suatu kitab yang lebih mulia daripada Al Quran. Ia merupakan suatu mukjizat kenabian Rasulullah S.A.W. yang akan berkekalan sepanjang zaman. Ia merupakan petunjuk, di dalamnya tertakluk ajaran Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, pengetahuan tentang alam ghaib, asas perundangan, akhlaq, sejarah peradaban manusia, fakta sains dan lain-lain yang meliputi seluruh aspek kehidupan.
Membaca Al Quran adalah ibadah. Menghafal adalah impian setiap orang-orang mukmin. Perintah dan larangannya adalah undang-undang. Mengamalkan segala yang disarankan adalah bukti keimanan. Seluruh umat manusia wajib beriman, percaya dan meyakini semua ayat-ayat terkandung di dalamnya.
Matlamat
Penubuhan Pusat Tahfiz Al Amin (PTAA) ini menggariskan “Matlamat dan Objektif” murni seperti berikut:
1. Melahirkan anak yang hafiz Al Quran
2. Memupuk anak-anak dari kecil supaya rajin beribadat dan menjadi seorang yang alim
3. Melahirkan bakal-bakal imam yang arif dan mahir dalam Al Quran untuk memimpin masyarakat tempatan
4. Melahirkan generasi beriman, bertaqwa dan menyebarkan pula kepada masyarakat
5. Mengelakkan dari lahirnya anak-anak yang tidak boleh membaca Al Quran
6. Ke arah mencapai matlamat satu hafiz satu rumah.
Dengan sokongan semua pihak, kesungguhan dan dedikasi guru-guru serta komitmen dari setiap individu, pihak pentadbiran yakin bahawa Pusat Tahfiz ini akan dapat merealisasikan objektif-objektif tersebut, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment